Cinta
Ya , aku tahu apa itu cinta
Tapi tidak tahu sepenuhnya
Tidak tahu kuantiti isinya
Cinta
Ia datang tanpa di duga
Tiba pada waktunya
Kita akan mengalaminya
Cinta
Jika ia hadir saat kita tidak perlukannya
Ia akan menyeksakan perasaan "Si Dia"
SAKIT , KECEWA , PUNAH , PEDIH , PERIT ,HAMPA
"Tolong ! Tolong ! Aku dalam kesakitan !"
Meraung hatinya meminta pertolongan
Tanpa pengetahuan kita
Hanya Yang Esa mengetahuinya
Cinta
Disaat aku perlukannya
Cinta tidak hadir pada "Si Dia"
"Aku tidak mencintaimu . Aku hanya menganggapmu HANYA sebagai TEMAN BIASA"
Pernyataan itu sukar untuk diterima
Apalagi untuk ditentang
Kerana aku bukan siapa siapa
Hanya manusia yang tidak sempurna
Cinta
"Ah , abaikan sahaja CINTA itu"
Hati kecil berbicara
Tetapi itu amat sukar untukku
Berbuat begitu
Cinta
Rupanya selama ini kau telah menipu aku
Kau hanya permainkan aku sahaja wahai Sang Cinta !
"SAKIT !"
Itu yang mampu aku kata
Cinta
Cinta kita hanya pada nama
Bukan realitinya
Pada saat hari dimana ia sangat istimewa
Aku bagaikan tidak percaya
Betapa singkatnya perjalanan hidup seorang manusia
Sepertiku ini
Cinta
Aku tetap akan menghargaimu
Asal kau tahu yang aku tidak akan sanggup melupakanmu
Walau sesaat
Walau seminit
Walau sejam
Walau sehari
Walau sebulan
Walau setahun
Tidak akan pernah !
Cinta
Pabila rindu menghuni diri ini
Terasa seperti mahu luahkan kepadanya
Tapi ego dan malu membuatkan aku tidak luahkan
Sebaliknya aku luahkan kepada Yang Esa
Asal kau tahu aku sangat merinduimu
Cinta
Kini aku bangkit dari mimpi
Mimpi yang selama ini ku anggap indah
Tetapi sebaliknya yang aku rasa
Cinta
Setiap kali aku mengenangkannya
Ah , terasa bagai mahu mati sahaja
Kerana aku berharap pada yang tidak menghargai
Tetapi kenapa ?
Kenapa aku rasa bagai ada suatu rasa di lubuk hati ini ?
Ia sukar untuk diluahkan
Bagai ada satu perasaan yang meruntun kalbu
Cinta
Setiap kali dia memandangku
Aku terasa bagai mahu rebah
Gementar barangkali
Tetapi dari anak matanya
Membawa seribu makna
Walaupun aku dihuni pelbagai persoalan
Cinta
Ya , perasaan itu tidak hilang dari jiwaku
Susah untuk diterjemahkan
Walaupun dia sudah melukakan hatiku
Kenapa masih ada perasaan yang dinamakan "CINTA" ?
Ahhhh perasaan ini membuat aku jadi gila
Cinta
Aku yakin bahawa satu saat nanti kita akan dipertemukan dengan seseorang
Itu dinamakan "JODOH"
Andai aku sudah tertulis untuk ditakdirkan sebagai jodohmu
Aku tidak akan mengeluh
Kuasa Allah siapa yang tahu ?
Dan sekarang aku telah menyedari
Cinta yang kekal adalah cinta kita kepada Sang Pencipta .
-TAMAT-
Pesan-Pesan : Ini pertama kali aku cuba nasib buat puisi berpujangga macam ni . Ape macam ? Hehe mana tahu boleh jadi sasterawan negara yang akan datang . Eh ? :')
