Sunday, 29 September 2013

Lawatan Ke Rumah Orang-Orang Tua

Anyeonghaseyo ! Maksudnya aku yang jual sayur . Haha please jangan percaya kahkah xD Hari ni so bosan sebab lepak kat rumah jer. Memasing tak plan nak gi mane-mane so duduk rumah je lah jawabnya . Semalam pergi rumah orang-orang tua kat area kempas . Kat sane gotong royong haha best jugak la katekooo . Wuuu aku kat bas duduk sebelah syima . Haha apelagi hobi dia kalau bukan tengok music video kpop . Peh sekali aku dapat tahu yang dia ada MV Growl an . Aku pe lagi cecepat terus on bluetooth then bluetooth video tu . Tapi aku ingatkan ada MV Mama ghupenye die belum download pahtu dia kata yang Growl pun malam kelmarin baru download . Tapi nvrmnd . Nanti aku pepandai lah download MV Mama dengan MV Baby Don't Cry . But on the time right now aku takde mase nak download , busy katanyaaa haha .

"Haha so amacam pergi sana ? Best ke tak ?" Nak tau ke ? So aku cerita sikit eh . Sebenarnya masa sampai sana aku rasa mcm sebak ahh . Pehh syima kau jangan cakap ahh , da berair mata dia tu . Tengok luaran dia cam kuat tapi hakikatnya hati dia lembut macam aku jugak . Pfftttt ayat band 6 doh . Pahtu die cakap ah yang dia teringat mak dia then die da berazam yang dia taknak tengok mak dia duduk situ suatu hari nanti . Erm cenggitu ah . Ye ah sebak doh . Sape la yang tak sayang mak pergi hantar kat situ . Ingatlah yang dulu dia jaga engko tapi sekarang apa yang kau buat kat dia . Kalau aku dekat position nenek-nenek kat situ , aku kecik hati dengan sikap anak-anak diorang . Haihh dunia oh dunia .

Tapi masa aku sesalam nenek-nenek kat situ , ada sorang yang peramah plus sporting . Hahaha masa aku salam dia , dia tanya nama sape pastu siap tetengok nametag aku . Kahkah memula aku cam takut sikit ah . Pastu aku jawab ah soalan dia yang nama aku Nazihah sambil memberi senyuman yang ikhlas dan manis macam cekelat . Haha pastu dia cakap lah "belajar pepandai , banggakan mak bapak" erm lebih kurang gitulahh . Lepas aku salam yang lain pulak . Ada yang ramah , ada yang diam jek , ada yang senyum dan yang sewaktu dengannya .

Pas sesalam semua ,cikgu bahagikan kumpulan . Disebabkan aku ngan syima , aku masuk group bebudak kelas dia . Kalau ramai perempuan kelas aku pergi lawatan ni mungkin akan masuk kumpulan yang sama ngan budak laki kelas aku . Erm begitulah .So group aku yang pempuan cuma aku , syima , wawa , miza, ain and farina . Memasing boleh lah jugak ngam sesikit ngan aku .Tapi wawa tu hahaha asyik kaitkan Sehun jer . Pastu bukak lagu growl kekuat . Apelagi , ENJOYLAHH haha .

Lepas habis buang rumput semua tu , cikgu suruh pegi belakang cuci longkang . Tapi aku takde alat untuk bersihkan longkang . So , aku ngan syima cecabut semak yang menjalar . Haha pastu pegi bukak lagu Destiny . Yang suka tu bukan aku tapi Wawa and the geng . Aku just layan jer .

Lepas habis buat semua tu , semua berehat dan pergi makan . Tapi belum lunch lagi . Mase ni dalam pukul 11 gitu ah . Aku tak makan sebab masih kenyang . Lepas makan semua tu , pemilik rumah orang tua macam bagi taklimat sikit pasal rumah orang tua tu then cikgu mcm ade suruh nyanyi or something else like persembahan . Mule mule semua tak buat pun , sekali ada sorang budak india ni pegi buat gentleman punya dance . HAHAHA dengan perut gegoyang kahkah lawak habis . Semua ketawa termasuk nenek-nenek kat situ .Pas habis tu dalam pukul 12.30 gitu , kitorang lunch . Menunya ialah nasi ayam . Nasi ayam tu sedap gila ahh aku cakap . Lpas habis semua tu kitorang pun nak bertolak balik . Ade sesi bergambor sikit lhaa . Haha pastu kitorang pun bersalaman dengan nenek-nenek tersebut . Then , sebelum naik bas cecikgu suruh bergambo dekat depan rumah tu . Haha best ahhh woooo ! Lps bergambo , kitorang naik bas then pulang deh . Haha this is awesome moment with cikgu , nenek-nenek and students Form 2 yang pergi lawatan ni . Lawatan yang pusat sumber tu pun best jugak . Ah semua best lah aku katoo . Haha ok lah dah lengun tangan dok type . Assalamualaikum !

Thursday, 19 September 2013

Friends .

Friends ? Kau tau tak apa tu 'friends' ? Kalau tak tahu maknanya kau bukan duduk bumi la hahaha . "Dah tu duduk mana kalau bukan dekat bumi ?" Le answer is kau tu alien dan kau nak jgk bertenggek kat sini dgn ufo kau tu huhu mengarut sudahh . Sebenarnya aku nak 'story sikit' ehehe *muka badut dengan senyuman lebar*. Actually aku nak cerita pasal seorang member aku nihh hehehe . Tapi aku rasa bukan satu tapi lebih *yg lebih tu lain kali* . Sebelum aku cerita pastikan peksa health korang sbb takut takut ada yang sakit hati pulak ;p Hahaha takdelah .

Ned

Kau nampak tak yang aku dah boldkan tu ? Nampak kan ? Hahaha nak tau macam mana aku kenal Ned ni ? Sebenarnya aku da kenal lama dah dia ni dari sekolah rendah sbb dulu aku pernah jadik member sebelah meja dia masa Darjah 3 *polish otak* . Seingat aku , kitorang duduk sebelah tingkap ngadap kantin . So bila pandang bawah *tapi bila dekat tingkap lah* mesti nampak kantin . Tapi da berapa tahun dah benda tu terkubur . Hahaha pastu aku igt dulu kan dia ada bawak perapi rejoice yg paket kecik bawak pegy sekolah . Pastu dia suruh aku try pakai kahkahkah . Masa tu bebudak baru nak up an memang ah cenggitu . Itu je yg aku ingat . Then macam mana kitorang boleh jumpa balik ? Sebab aku ngn dia masuk sekolah menengah dan kelas yg sama . HAHAHA tengok kann aku dah teringat kenangan form 1 ;) Mula mula aku duduk sebelah syera tapi disebabkan dia tu jenis suka alih tempat duduk , si Ned yg duduk sebelah akuu . Pastu tukar guru kelas baru , masa tu aku dah terpisah drpd dia . Aku duduk terkontang-kanting kat situ . Sebelah aku tu cina hard core pulak tu . Kerjanya asyik keluar dari kelas je . Tapi aku tak tahu apesal dia suka sangat buat origami burung pastu letak kat tepi tingkap then jatuhkan . Tak ke penat makcik yang angkut sampah ke hulu ke hilir tu . Disebabkan nak save 20 minit buat benda lain tetibe kena pungut benda alah tu . Hahaha pape je la dia tu . Then dulu ada la "insiden" yg mengejutkan . Heh macam macam betul . Then sekarang aku still duduk sebelah dia tapi dia pun suka jugak pepindah tempat kekadang ngan zana . Tu pun pasal CRUSH ~ Hehhh kalau aku ni malas nk pindah tmpt duduk sbb aku da biasa duduk situ . Okay aku dah nak buat penutup kononnya merasmikan cerita ni gitu oh . Apa yg baik datang drpd Allah , yang buruk tu drpd aku sendiri wallahua'lam . Lain kali jumpa lagi ! :)

Saturday, 14 September 2013

Sorry Dear Love Part 1*Remuk*

" Di dalam kesunyian 
  Ku rasa gelombangnya 
  Mencintaimu satu kewajipan 
  Tapi tak terluah dengan perkataan " 
Haha malam malam layan jiwang pun boleh jugak kan uolls ? Aku pape genre aku layan asal lagu tu yg aku berkenan ar hehe . Tapi petikan yg kat atas ni hanya untuk Yang Maha Esa . Ade jugak yang gatai suroh boipreng dengak lagu tu . Haha terserah engko ler kan ? So aku nak mulakan cita ni . Actually aku rasa macam nak berkarya . Haha ayat nerd gila -.- Okay lets we started it !
                                                          ••••••••••••••••••••••••
"Kenapalah semua ni kena kat aku . Ya Allah kuatkanlah semangat ini . Aku yakin semua ni jadi mesti ada hikmahnya", Aqisha tidak dapat menahan sebak yang teramat . Tidak sempat dia menyeka , air matanya terus mengalir seperti mana derasnya air terjun yang turun daripada puncak bukit . Ya , seperti itulah yang di alaminya . Teringat pula kejadian yang amat menyakitkan hatinya tadi . Remuk teruk hatinya ketika itu .

"Sayang , I sayang you . Takde siapa boleh rampas cinta you kat I . Please trust me baby", dari jauh Aqisha terlihat seorang pemuda berusia 27 tahun memujuk seorang perempuan yang seusianya yang baru 24 tahun . Tapi , dia amat mengenali pemuda itu . Aqisha memerhatikannya lagi untuk memastikannya .

"Bie , I bukan tak percaya kat you .. Tapi I jeles sebab ramai perempuan kat universiti ni tergila-gilakan you . I tahu you memang handsome tapi I harap you takkan gunakan pakej yang ada kat you untuk curang . Please ye Bie" , perempuan itu seolah - olah telah lama berkenalan dengan pemuda itu . Saat itu air mata terus mengalir tanpa henti . Lalu dia mendekati dua orang itu dengan perasaan marah .

" Adzha ! Sampai hati kan awak curang di belakang saya ? Awak tahu tak selama ni saya percayakan awak ? Tapi kenapa awak buat macam ni dekat saya ? Saya kecewa dengan awak !", pantas Aqisha pergi dari situ dan air matanya berguguran .

"Aqishhhh !! Tunggu dulu , dengarlah apa yg saya nak katakan . Aqishh !", tidak sempat Adzha menahan , Aqisha sudah ke seberang jalan . Aqisha sudah tidak mahu mendengar alasan lagi daripada Adzha kerana semakin lama dia bertahan di situ , semakin banyak kata cacian dan itu akan membawa kepada pergaduhan . "Biarkan je diorang tu . Jangan hadap sangat ! ", kata hati terus mendorongnya untuk pulang .

                                                             ******************  ******************
2 Bulan Lalu

"Raja Nur Aqisha Atheera Bt Raja Ashraf . Saya ingin melamar awak" ,saat itu Adzha membuka bekas yang berisi sebuah cincin untuk Aqisha . Tersipu malu Aqisha waktu itu dan hatinya berbunga riang . Candle Light Dinner  mereka di hotel bertaraf lima bintang itu sungguh tenang sekali . Tidak disangka perkenalannya dulu sewaktu di bangku sekolah akan menjadi saat yang istimewa hingga masa ini dan selama ini dia hanya menganggap Adzha sebagai kawan sekelas sahaja tetapi sekarang lain pula jadinya . Kuasa Allah juga menemukan mereka di Universiti Lagoon De Canzero . Betapa bersyukurnya dia menemui Adzha .
*Universiti tu sebenarnya takde pun , hehe :)

"Adzha , saya harap awak akan bawa rombongan meminang nanti tau ! Hehehehe saya akan tunggu :)" jawab Aqisha gembira .

"Insyaallah , saya akan cakap dekat family saya ya !" balas Adzha sambil mengukir senyuman yang manis untuk Aqisha . Mereka kelihatan mesra sekali .

BERSAMBUNG...


****NANTIKAN EPISOD YANG AKAN DATANG.SEKIAN TERIMA KASIH****




Monday, 2 September 2013

My Mom Say ..

Sekarang baru pukul satu pagi . Haih tak tahu la nak buat apa . Tetibe je rasa nak story something hahaha :)

Teringat kembali suatu tika dulu ...
"Jadi orang perempuan kena buang perangai 'M' . Kena rajin-rajin tolong mak sebab kalau dah kahwin nanti ada mak mentua . Kalau jenis yang tolak ansur tak ape , cuba kalau yang cerewet .. Habislah awak tu nanti kalau tak biasakan dari sekarang . Nanti nak jadi bini orang pun susah tahu !"
Haha dok tersongeh songeh aku bila toringat benda tu . Aku pun dah lupa bila entah my mom saying it at me . Tetibe teringat pulak tengah tengah malam ni . Tapi betul la like what my mom say . Nanti kalau pemalas takde orang nak jadikan bini . Jadi andartu sape nak ? Kau nak ke ? Kahkahkah lol . Memang sekarang buat apa nak fikir semua tu . Perjalanan kita masih panjang . Tapi setelah aku cedok-cedok gedebak gedebuk buat eksperimen baru aku tahu yang kalau kita pemalas satu benda pun harammm nak dibuat . Mengikut kajian saintifik , kalau nak kikis sikap tu mengambil masa yang sangat lama sampai beratus abad lamanya *kegebangan*

Cube kalau orang yang tanam anggur *penganggur* tak usahakan nak dapatkan kerja , apa akan jadi kat dia ? Ni cek dah dapat detect jadual harian diaa . Nak tahu apa ? Makan tido je lah kojenya . Eh kejap kejap . Macam mana gaya kau nak makan kalau kau pun tak koje ? Takkan lah nak suruh parents hang bank in duit tiap bulan . Tak malu ke ? Hang  tu dah lah besak gedabak pahtu tak nak cari duit sendiri ? Kalau masih belajar tak pe lah jugak macam aku ni . Ambik SPM pun belum lagi sebab ada lagi 3 tahun gitulah baru sampai Pommm 5 . Kahkah aku cakap je lebih . Padahal aku ni kocik lagi .

Sekarang aku tengok dunia ni petik je jari semua dapat . "Mak , nak duit." ,  "Ibu , nak kasut baru." , "Papa , nak itu then ini ." . Heyy saudala sedali cikebam gedebum *loghat cina* , you fikir aaa parents you tu tauke balak kaa ? Kalau parents you tauke balak tidak simestinyiaa you boleh mintak apa yang you nak . You fikir aaa bil bil semua siapa mau bayar ? You ? Hahaha jangan buat lawak nose shit lah -..- Kalau parents you tak mampu jangan paksa sibaliknyiaa you collect duit belanje yang parents you bagi maa sampai you dapat apa yang you nak . Paling sikit aa 1 ringgit satu hali pun jadi maaa .

Ok noww *lupa skrip* . Haaa yess dah ingat . Sebenarnya aku tak tahu nak cakap apa . Ohhh haaa ! Sekarang da masuk bulan September ;) Please be nice with me yaa if not I backhand you *brokenenglish* *takde modal nak buat cite* . Apa yang saya nasihatkan ni please dengar baik baik . Pasang speaker kuat kuat . Eh tak payah , bukan dengar pun suaranya =.= Lelaki atau perempuan ke , kalau ada penyakit 'M' saya harap sangat PLEASE BUANG sifat tu dalam perut bumi *macam boleh* . Lol gurau jer . Tapi please yer I mean lesskan sikap tu sebab nanti kesannya akan memakan diri anda ngap ngap ngap *suara latar* . So aku pun dah malas nak cakap banyak . Selimut pun dah aku tarik dan aku sangat mengantuk . Lagi siang tadi aku asyik kerjakan blog ni . Blog ni pun satu haih masalah betul . Di punye background post tak full lah fuhh memang hangin jugak tapi nasib baik aku sabar . Try sampai 10 KALI engko tahu . Kalau otak ni boleh wrestling , aku rasa dia da ajak dah . Huh sebarang pertanyaan dan persoalan , anda boleh kemukakan di shoutbox ye . Saya da ngantuk kuikui ;3 Poopayee ! Assalamualaikum :)

Pesan-Pesan : Kalau tak tahu apa apa baik berdiam daripada kau menyebok sebab kalau kau menyebok , kau memang tempah tiket untuk dapat bala . Ye dak ? ;)



•‿•Terima kasih daun keladi.Lain hari datang lagi•‿•

Saturday, 31 August 2013

Cinta Bersilang

Bukan . Bukan cinta tiga segi . Tetapi ini adalah realiti kehidupan . Aku kongsi pada yang sama rasa seperti aku ini . Jika tidak pun , bacalah luahan hati ini .....

Cinta
Ya , aku tahu apa itu cinta
Tapi tidak tahu sepenuhnya
Tidak tahu kuantiti isinya

Cinta
Ia datang tanpa di duga
Tiba pada waktunya
Kita akan mengalaminya

Cinta
Jika ia hadir saat kita tidak perlukannya
Ia akan menyeksakan perasaan "Si Dia"
SAKIT , KECEWA , PUNAH , PEDIH , PERIT ,HAMPA
"Tolong ! Tolong ! Aku dalam kesakitan !"
Meraung hatinya meminta pertolongan
Tanpa pengetahuan kita
Hanya Yang Esa mengetahuinya

Cinta
Disaat aku perlukannya
Cinta tidak hadir pada "Si Dia"
"Aku tidak mencintaimu . Aku hanya menganggapmu HANYA sebagai TEMAN BIASA"
Pernyataan itu sukar untuk diterima
Apalagi untuk ditentang
Kerana aku bukan siapa siapa
Hanya manusia yang tidak sempurna

Cinta
"Ah , abaikan sahaja CINTA itu"
Hati kecil berbicara
Tetapi itu amat sukar untukku
Berbuat begitu

Cinta
Rupanya selama ini kau telah menipu aku
Kau hanya permainkan aku sahaja wahai Sang Cinta !
"SAKIT !"
Itu yang mampu aku kata

Cinta
Cinta kita hanya pada nama
Bukan realitinya
Pada saat hari dimana ia sangat istimewa
Aku bagaikan tidak percaya
Betapa singkatnya perjalanan hidup seorang manusia
Sepertiku ini

Cinta
Aku tetap akan menghargaimu
Asal kau tahu yang aku tidak akan sanggup melupakanmu
Walau sesaat
Walau seminit
Walau sejam
Walau sehari
Walau sebulan
Walau setahun
Tidak akan pernah !

Cinta
Pabila rindu menghuni diri ini
Terasa seperti mahu luahkan kepadanya
Tapi ego dan malu membuatkan aku tidak luahkan
Sebaliknya aku luahkan kepada Yang Esa
Asal kau tahu aku sangat merinduimu

Cinta
Kini aku bangkit dari mimpi
Mimpi yang selama ini ku anggap indah
Tetapi sebaliknya yang aku rasa

Cinta
Setiap kali aku mengenangkannya
Ah , terasa bagai mahu mati sahaja
Kerana aku berharap pada yang tidak menghargai
Tetapi kenapa ?
Kenapa aku rasa bagai ada suatu rasa di lubuk hati ini ?
Ia sukar untuk diluahkan
Bagai ada satu perasaan yang meruntun kalbu

Cinta
Setiap kali dia memandangku
Aku terasa bagai mahu rebah
Gementar barangkali
Tetapi dari anak matanya
Membawa seribu makna
Walaupun aku dihuni pelbagai persoalan

Cinta
Ya , perasaan itu tidak hilang dari jiwaku
Susah untuk diterjemahkan
Walaupun dia sudah melukakan hatiku
Kenapa masih ada perasaan yang dinamakan "CINTA" ?
Ahhhh perasaan ini membuat aku jadi gila

Cinta
Aku yakin bahawa satu saat nanti kita akan dipertemukan dengan seseorang
Itu dinamakan "JODOH"
Andai aku sudah tertulis untuk ditakdirkan sebagai jodohmu
Aku tidak akan mengeluh
Kuasa Allah siapa yang tahu ?
Dan sekarang aku telah menyedari
Cinta yang kekal adalah cinta kita kepada Sang Pencipta .
-TAMAT-

Pesan-Pesan : Ini pertama kali aku cuba nasib buat puisi berpujangga macam ni . Ape macam ? Hehe mana tahu boleh jadi sasterawan negara yang akan datang . Eh ? :')






•‿•Terima kasih daun keladi.Lain hari datang lagi•‿•

Tuesday, 27 August 2013

CRUSH ?

Assalamualaikum . Huh minggu ni teramat sangat penat . Cabaran ! Ye , cabaran kan kalau takde dalam hidup memang tak adventurous lah . Haha ni pun sebenarnya banyak lagi yang kena siapkan . Ya Allah , nanti ada final year examinaton tapi bukan final destination okey ! Tahun depan da masuk Form 3 . Dah besar rupanya aku ni  . sebelum ni tak perasan xD Tapi aku risau dengan resultnye nanti . Takutnyaa . Aku rasa aku kena banyak buat revision lah . Tak mau bukak internet dah lepas ni insyaallah . Doakan lah ye ! :)

Tapi aku tak tahu lah macam mana nak cakap . Nanti bulan 9 ada hari terbuka . Aku bukannya apa , aku risau dengan result pbs . Fuhhhhh naik pening aku dibuatnya . Hmmm redha je la dengan apa yang aku dapat nanti . Tapi aku kena berusaha dari sekarang sebab ada lagi satu bulan je nak 'meet' dengan exam tu . Sebelum ni , mid-year takde pun buat periksa . TAPI , aku takut kalau nanti ada rombakan kelas . Itu sangat menggerunkannnnn !!!

Actl , aku nak story dekat korang pasal "CRUSH" . Kupasan demi kupasan akan diterangkan sebentar lagi .

3
2
1
Action !

Haha sorry lah kalau korang tunggu lama sangat nak scroll down kan -_- Hahaha xD Saya ni suka bergurau orangnya .Tak mau la serious sangat macam kucing garang kat iklan Twisties tuh . Hehehehe xP Ok , now aku ceritakan apa itu crush . CRUSH ini jangan kamu translate kat google sebab nanti meaning die akan jadi MENGHANCURKAN . Ok , NGERI sangat kan ?! -_- Sebenarnya istilah ini saya pun tak tahu siape yang create . Tapi , istilah ini sangat famous-amous di abad ini . Ok big clap xP

Dan sebenarnyaa CRUSH ini bermaksud anda suka seseorang dalam diam tanpa orang yang anda suka mengetahuinya . Kiranya macam suka senyap senyap gitulah tetapi dalam part menaruh harapan tu bergantung kepada anda . Haha tapi buat masa ni aku takda CRUSH . Yang banyak ada CRUSH ni cuma friends aku jer . Tetapi perlu diingatkan bahawa jangan terlalu obses menyukai seseorang dalam diam kerana ini akan menyebabkan anda akan dibuai fantasi yang sangat kritikal dan anda sangat-sangat menaruh harapan kepadanya . Cuba anda bayangkan , macam mana kalau CRUSH anda yang dulu awak damba-dambakan telah mempunyai teman istimewa . Tak ke hancur berderai hati awak tu ? Saya cuma memberi nasihat . Mana yang baik datangnya daripada ALLAH .

Tapi ada suku daripada orang yang mempunyai CRUSH akan berjaya mendapatkan CRUSHNYA itu . Itupun kalau depa semua berusaha nak dapatkan dia dan dia pun menerima anda seadanya . Eeee naik geli aku nak tulis , uwekk :p Tapi saya syorkan kepada anda dan diri saya sendiri yang kita tak payah lah mencari kerana JODOH akan datang dengan sendirinya . Percayalah haha . Sekarang yang bergelar pelajar sekolah cuma dapat menemui orang yang sama setiap tahun *agaknya lah* . Tapi yakinlah bahawa nanti bila anda beralih ke alam universiti , lagi ramai orang yang ada disana . Mungkin anda pun akan berubah CRUSH . Hahahaaha dan mungkin anda akan mendapat jodoh disana *imagine*

Sometimes , saya terfikir buat apa saya sia-siakan masa remaja saya dengan aktiviti yang sangat tidak sihat ? Jangan sampai impian dan apa yang kamu cita-citakan tidak tercapai kerana itu akan merugikan anda sendiri sebab anda tidak berusaha dari sekarang untuk mengejar cita-cita anda . Tiada faedah kalau anda berkata yang anda hendak belajar di overseas universiti ,menjadi usahawan yang berjaya ataupun engineer yang sangat disanjung jika anda hanya bercakap tanpa melakukan apa-apa usaha untuk anda perolehinya . Saya harap kata-kata itu akan anda sematkan di dalam jiwa supaya apa yang anda inginkan akan tercapai . Saya doakan supaya kita semua berjaya didunia dan diakhirat & dapat membanggakan ibu bapa kita . Sekian wassalam .

Pesan-Pesan: Yang buruk datangnya daripada saya , yang baik itu datangnya daripada Allah . Fikir-fikirkan lah apa yang sudah saya ceritakan yer . Ini adalah untuk kebaikan kita semua juga .




•‿•Terima kasih daun keladi.Lain hari datang lagi•‿•

Friday, 23 August 2013

New Blog .

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh ! Hai semua . Sebenarnya hari ini , Jumaat bersamaan dengan 23/08/2013 telah saya rasmikan bahawa ini adalah blog saya kali yang ke berapa entah saya pun lupa . Ayat dia macam nak rasmikan syarikat je xD Hahaha . Tapi saya harap blog ini blog yang terakhir saya buat dan lepas ni saya da malas nak buat blog baru .
Sebenarnya saya malas tau nak bersaya - saya ni . Senang guna 'aku' sebab 'saya' ni macam janggal then aku guna 'saya' bila berhadapan dengan strangers . Ye lah , takut kalau guna 'aku' kat strangers nanti strangers tu kecik hati . Tak mengapa lah . Berbalik kepada cerita , actually aku rasa macam nak cuti lagi . Rasa macam tak puas cuti dua minggu . Cuti dua minggu ni pun sebab raya . Raya tahun ni macam kurang umphh sikit sebab normally aku dekat kampung sampai seminggu paling tidaklah . Tapi tahun ni cuma empat hari je dekat kampung . 

Cerita pasal raya ni teringat pulak aku kejadian tahun lepas . Pasal duit raya . Aku bukan nak menunjuk-nunjuk or what . Aku cuma tak puas hati lah sikit . Haha ye la aku kan kanak-kanak lagi . Bermulalah cerita , pada satu hari yang indah permai damai iaitu hari raya kedua , aku ke dapur dan menolong apa yang patut . Orang ramai berpusu-pusu bertandang ke kampung halamanku (sambil menggayakan tangan) *Ayat penuh perasaan*. Biasanya kalau dekat kampung aku ni , adat dia kalau orang datang beraya mesti bagi orang tu makan makanan yang berat . Maksud makanan berat disini ialah macam nasi , ketupat , rendang dll . Tapi kalau yang datang cuma budak kecik tanpa mak bapak diorang tu nenek aku cuma kasi kuih dengan air oren gitulah . Haha ini bukan pilih kasih atau apa , budak kecik kan suka makan kuih-kuih macam cornplakes , almen landen *those are my favorite* . Ok berbalik semula kepada cerita , lepas aku menolong apa yang patut , aku pun duduk lah dekat meja makan sebab penat dan seingat aku masa tu aku tengah demam . 

Aku pun berangan lah sebab tak pernah dapat duit raya RM50 daripada orang lain kecuali my parents . Aku pun berangan , berangan dan berangan sampai orang yang datang tu pun nak balik baru aku tersedar . Macam biasa yang muda harus menghormati yang tua yakni bersalam-salaman . Tetiba ada sorang perempuan umurnya kira-kira 30an bagi aku duit raya . Aku fikir cuma seringgit . Aku pun mengambil duit itu dan mengucapkan terima kasih . Aku pun membuka genggaman aku yang dalamnya berisi wang ringgit . Ternyata sangkaanku meleset . Rupa-rupanya dia memberi RM 50 . Sungguh teruja aku masa itu dan aku pun cakap kat mak . Tetapi bala pula menimpa diriku .

Tentang bala tu nanti aku cerita . Berbalik pada cerita , aku pun bilang sama mamaku . Mak aku pun cakap 'entah - entah dia tak perasan kot' . Masakan tidak , orang itu memberi RM 50 itu kepada makcik dan pakcik aku . Adakah aku dikategorikan sama seperti makcik dan pakcik aku ? Haha tidaklah . Mana mungkin sih . Bila aku fikir balik , masa hari tu aku sorang je budak kat situ . Sedara aku ada yang balik kampung dan ada jugak yang kat rumah diorang . Adik dan abang aku pun lepak dekat rumah mak sedara aku . Tinggal aku sekangkang kera disitu . Hahahaha . Itu sebab dia ingat aku anak tunggal ke ape an ? Hahaha rezeki aku dah nak dapat , nak buat macam mana kan ? Ngehehehe xD

Aku pun selitkan duit tu dekat dalam casing fon aku sebab aku takut nanti hilang . Haha masa tu aku akan sentiasa bawak fon aku bersama . Tetiba pada satu hari yang ku rasakan suam-suam kuku bertukar menjadi ribut taufan . Hahaha takda lah sampai ribut taufan . Mak aku bertanyakan kembali kepadaku 'Mana duit yang ada orang bagi 50 hinggit tu ?' . Pastu kat situ jugak ada adik aku , tukang sebok . Hahaha aku tengok macam nak serahkan wasiat pun ade jugak xD Aku pun jawab ' Ada lagi kat bag .. ' . Mak aku pun cakap ' Bak sini ' . Aku dengan kadar segera mengambil duit itu . Rupenye mak aku suruh aku share duit tu ngan adik aku . Maybe mak tanak aku selfish kot . Ok , aku bukan jamah sangat duit raya tu sebab nanti duit tu nak masuk dalam bank buat simpan-simpan . 

Pesan-Pesan : Duit raya korang dah berapa ratus ? Hehehe :D

•‿•Terima kasih daun keladi.Lain hari datang lagi•‿•