Friday, 23 August 2013

New Blog .

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh ! Hai semua . Sebenarnya hari ini , Jumaat bersamaan dengan 23/08/2013 telah saya rasmikan bahawa ini adalah blog saya kali yang ke berapa entah saya pun lupa . Ayat dia macam nak rasmikan syarikat je xD Hahaha . Tapi saya harap blog ini blog yang terakhir saya buat dan lepas ni saya da malas nak buat blog baru .
Sebenarnya saya malas tau nak bersaya - saya ni . Senang guna 'aku' sebab 'saya' ni macam janggal then aku guna 'saya' bila berhadapan dengan strangers . Ye lah , takut kalau guna 'aku' kat strangers nanti strangers tu kecik hati . Tak mengapa lah . Berbalik kepada cerita , actually aku rasa macam nak cuti lagi . Rasa macam tak puas cuti dua minggu . Cuti dua minggu ni pun sebab raya . Raya tahun ni macam kurang umphh sikit sebab normally aku dekat kampung sampai seminggu paling tidaklah . Tapi tahun ni cuma empat hari je dekat kampung . 

Cerita pasal raya ni teringat pulak aku kejadian tahun lepas . Pasal duit raya . Aku bukan nak menunjuk-nunjuk or what . Aku cuma tak puas hati lah sikit . Haha ye la aku kan kanak-kanak lagi . Bermulalah cerita , pada satu hari yang indah permai damai iaitu hari raya kedua , aku ke dapur dan menolong apa yang patut . Orang ramai berpusu-pusu bertandang ke kampung halamanku (sambil menggayakan tangan) *Ayat penuh perasaan*. Biasanya kalau dekat kampung aku ni , adat dia kalau orang datang beraya mesti bagi orang tu makan makanan yang berat . Maksud makanan berat disini ialah macam nasi , ketupat , rendang dll . Tapi kalau yang datang cuma budak kecik tanpa mak bapak diorang tu nenek aku cuma kasi kuih dengan air oren gitulah . Haha ini bukan pilih kasih atau apa , budak kecik kan suka makan kuih-kuih macam cornplakes , almen landen *those are my favorite* . Ok berbalik semula kepada cerita , lepas aku menolong apa yang patut , aku pun duduk lah dekat meja makan sebab penat dan seingat aku masa tu aku tengah demam . 

Aku pun berangan lah sebab tak pernah dapat duit raya RM50 daripada orang lain kecuali my parents . Aku pun berangan , berangan dan berangan sampai orang yang datang tu pun nak balik baru aku tersedar . Macam biasa yang muda harus menghormati yang tua yakni bersalam-salaman . Tetiba ada sorang perempuan umurnya kira-kira 30an bagi aku duit raya . Aku fikir cuma seringgit . Aku pun mengambil duit itu dan mengucapkan terima kasih . Aku pun membuka genggaman aku yang dalamnya berisi wang ringgit . Ternyata sangkaanku meleset . Rupa-rupanya dia memberi RM 50 . Sungguh teruja aku masa itu dan aku pun cakap kat mak . Tetapi bala pula menimpa diriku .

Tentang bala tu nanti aku cerita . Berbalik pada cerita , aku pun bilang sama mamaku . Mak aku pun cakap 'entah - entah dia tak perasan kot' . Masakan tidak , orang itu memberi RM 50 itu kepada makcik dan pakcik aku . Adakah aku dikategorikan sama seperti makcik dan pakcik aku ? Haha tidaklah . Mana mungkin sih . Bila aku fikir balik , masa hari tu aku sorang je budak kat situ . Sedara aku ada yang balik kampung dan ada jugak yang kat rumah diorang . Adik dan abang aku pun lepak dekat rumah mak sedara aku . Tinggal aku sekangkang kera disitu . Hahahaha . Itu sebab dia ingat aku anak tunggal ke ape an ? Hahaha rezeki aku dah nak dapat , nak buat macam mana kan ? Ngehehehe xD

Aku pun selitkan duit tu dekat dalam casing fon aku sebab aku takut nanti hilang . Haha masa tu aku akan sentiasa bawak fon aku bersama . Tetiba pada satu hari yang ku rasakan suam-suam kuku bertukar menjadi ribut taufan . Hahaha takda lah sampai ribut taufan . Mak aku bertanyakan kembali kepadaku 'Mana duit yang ada orang bagi 50 hinggit tu ?' . Pastu kat situ jugak ada adik aku , tukang sebok . Hahaha aku tengok macam nak serahkan wasiat pun ade jugak xD Aku pun jawab ' Ada lagi kat bag .. ' . Mak aku pun cakap ' Bak sini ' . Aku dengan kadar segera mengambil duit itu . Rupenye mak aku suruh aku share duit tu ngan adik aku . Maybe mak tanak aku selfish kot . Ok , aku bukan jamah sangat duit raya tu sebab nanti duit tu nak masuk dalam bank buat simpan-simpan . 

Pesan-Pesan : Duit raya korang dah berapa ratus ? Hehehe :D

•‿•Terima kasih daun keladi.Lain hari datang lagi•‿•

No comments:

Post a Comment