" Di dalam kesunyian
Ku rasa gelombangnya
Mencintaimu satu kewajipan
Tapi tak terluah dengan perkataan "Haha malam malam layan jiwang pun boleh jugak kan uolls ? Aku pape genre aku layan asal lagu tu yg aku berkenan ar hehe . Tapi petikan yg kat atas ni hanya untuk Yang Maha Esa . Ade jugak yang gatai suroh boipreng dengak lagu tu . Haha terserah engko ler kan ? So aku nak mulakan cita ni . Actually aku rasa macam nak berkarya . Haha ayat nerd gila -.- Okay lets we started it !
••••••••••••ᴥ••••••••••••
"Kenapalah semua ni kena kat aku . Ya Allah kuatkanlah semangat ini . Aku yakin semua ni jadi mesti ada hikmahnya", Aqisha tidak dapat menahan sebak yang teramat . Tidak sempat dia menyeka , air matanya terus mengalir seperti mana derasnya air terjun yang turun daripada puncak bukit . Ya , seperti itulah yang di alaminya . Teringat pula kejadian yang amat menyakitkan hatinya tadi . Remuk teruk hatinya ketika itu .
"Sayang , I sayang you . Takde siapa boleh rampas cinta you kat I . Please trust me baby", dari jauh Aqisha terlihat seorang pemuda berusia 27 tahun memujuk seorang perempuan yang seusianya yang baru 24 tahun . Tapi , dia amat mengenali pemuda itu . Aqisha memerhatikannya lagi untuk memastikannya .
"Bie , I bukan tak percaya kat you .. Tapi I jeles sebab ramai perempuan kat universiti ni tergila-gilakan you . I tahu you memang handsome tapi I harap you takkan gunakan pakej yang ada kat you untuk curang . Please ye Bie" , perempuan itu seolah - olah telah lama berkenalan dengan pemuda itu . Saat itu air mata terus mengalir tanpa henti . Lalu dia mendekati dua orang itu dengan perasaan marah .
" Adzha ! Sampai hati kan awak curang di belakang saya ? Awak tahu tak selama ni saya percayakan awak ? Tapi kenapa awak buat macam ni dekat saya ? Saya kecewa dengan awak !", pantas Aqisha pergi dari situ dan air matanya berguguran .
"Aqishhhh !! Tunggu dulu , dengarlah apa yg saya nak katakan . Aqishh !", tidak sempat Adzha menahan , Aqisha sudah ke seberang jalan . Aqisha sudah tidak mahu mendengar alasan lagi daripada Adzha kerana semakin lama dia bertahan di situ , semakin banyak kata cacian dan itu akan membawa kepada pergaduhan . "Biarkan je diorang tu . Jangan hadap sangat ! ", kata hati terus mendorongnya untuk pulang .
****************** ******************
2 Bulan Lalu
"Raja Nur Aqisha Atheera Bt Raja Ashraf . Saya ingin melamar awak" ,saat itu Adzha membuka bekas yang berisi sebuah cincin untuk Aqisha . Tersipu malu Aqisha waktu itu dan hatinya berbunga riang . Candle Light Dinner mereka di hotel bertaraf lima bintang itu sungguh tenang sekali . Tidak disangka perkenalannya dulu sewaktu di bangku sekolah akan menjadi saat yang istimewa hingga masa ini dan selama ini dia hanya menganggap Adzha sebagai kawan sekelas sahaja tetapi sekarang lain pula jadinya . Kuasa Allah juga menemukan mereka di Universiti Lagoon De Canzero . Betapa bersyukurnya dia menemui Adzha .
*Universiti tu sebenarnya takde pun , hehe :)
"Adzha , saya harap awak akan bawa rombongan meminang nanti tau ! Hehehehe saya akan tunggu :)" jawab Aqisha gembira .
"Insyaallah , saya akan cakap dekat family saya ya !" balas Adzha sambil mengukir senyuman yang manis untuk Aqisha . Mereka kelihatan mesra sekali .
BERSAMBUNG...
****NANTIKAN EPISOD YANG AKAN DATANG.SEKIAN TERIMA KASIH****
No comments:
Post a Comment