Saturday, 31 August 2013

Cinta Bersilang

Bukan . Bukan cinta tiga segi . Tetapi ini adalah realiti kehidupan . Aku kongsi pada yang sama rasa seperti aku ini . Jika tidak pun , bacalah luahan hati ini .....

Cinta
Ya , aku tahu apa itu cinta
Tapi tidak tahu sepenuhnya
Tidak tahu kuantiti isinya

Cinta
Ia datang tanpa di duga
Tiba pada waktunya
Kita akan mengalaminya

Cinta
Jika ia hadir saat kita tidak perlukannya
Ia akan menyeksakan perasaan "Si Dia"
SAKIT , KECEWA , PUNAH , PEDIH , PERIT ,HAMPA
"Tolong ! Tolong ! Aku dalam kesakitan !"
Meraung hatinya meminta pertolongan
Tanpa pengetahuan kita
Hanya Yang Esa mengetahuinya

Cinta
Disaat aku perlukannya
Cinta tidak hadir pada "Si Dia"
"Aku tidak mencintaimu . Aku hanya menganggapmu HANYA sebagai TEMAN BIASA"
Pernyataan itu sukar untuk diterima
Apalagi untuk ditentang
Kerana aku bukan siapa siapa
Hanya manusia yang tidak sempurna

Cinta
"Ah , abaikan sahaja CINTA itu"
Hati kecil berbicara
Tetapi itu amat sukar untukku
Berbuat begitu

Cinta
Rupanya selama ini kau telah menipu aku
Kau hanya permainkan aku sahaja wahai Sang Cinta !
"SAKIT !"
Itu yang mampu aku kata

Cinta
Cinta kita hanya pada nama
Bukan realitinya
Pada saat hari dimana ia sangat istimewa
Aku bagaikan tidak percaya
Betapa singkatnya perjalanan hidup seorang manusia
Sepertiku ini

Cinta
Aku tetap akan menghargaimu
Asal kau tahu yang aku tidak akan sanggup melupakanmu
Walau sesaat
Walau seminit
Walau sejam
Walau sehari
Walau sebulan
Walau setahun
Tidak akan pernah !

Cinta
Pabila rindu menghuni diri ini
Terasa seperti mahu luahkan kepadanya
Tapi ego dan malu membuatkan aku tidak luahkan
Sebaliknya aku luahkan kepada Yang Esa
Asal kau tahu aku sangat merinduimu

Cinta
Kini aku bangkit dari mimpi
Mimpi yang selama ini ku anggap indah
Tetapi sebaliknya yang aku rasa

Cinta
Setiap kali aku mengenangkannya
Ah , terasa bagai mahu mati sahaja
Kerana aku berharap pada yang tidak menghargai
Tetapi kenapa ?
Kenapa aku rasa bagai ada suatu rasa di lubuk hati ini ?
Ia sukar untuk diluahkan
Bagai ada satu perasaan yang meruntun kalbu

Cinta
Setiap kali dia memandangku
Aku terasa bagai mahu rebah
Gementar barangkali
Tetapi dari anak matanya
Membawa seribu makna
Walaupun aku dihuni pelbagai persoalan

Cinta
Ya , perasaan itu tidak hilang dari jiwaku
Susah untuk diterjemahkan
Walaupun dia sudah melukakan hatiku
Kenapa masih ada perasaan yang dinamakan "CINTA" ?
Ahhhh perasaan ini membuat aku jadi gila

Cinta
Aku yakin bahawa satu saat nanti kita akan dipertemukan dengan seseorang
Itu dinamakan "JODOH"
Andai aku sudah tertulis untuk ditakdirkan sebagai jodohmu
Aku tidak akan mengeluh
Kuasa Allah siapa yang tahu ?
Dan sekarang aku telah menyedari
Cinta yang kekal adalah cinta kita kepada Sang Pencipta .
-TAMAT-

Pesan-Pesan : Ini pertama kali aku cuba nasib buat puisi berpujangga macam ni . Ape macam ? Hehe mana tahu boleh jadi sasterawan negara yang akan datang . Eh ? :')






•‿•Terima kasih daun keladi.Lain hari datang lagi•‿•

Tuesday, 27 August 2013

CRUSH ?

Assalamualaikum . Huh minggu ni teramat sangat penat . Cabaran ! Ye , cabaran kan kalau takde dalam hidup memang tak adventurous lah . Haha ni pun sebenarnya banyak lagi yang kena siapkan . Ya Allah , nanti ada final year examinaton tapi bukan final destination okey ! Tahun depan da masuk Form 3 . Dah besar rupanya aku ni  . sebelum ni tak perasan xD Tapi aku risau dengan resultnye nanti . Takutnyaa . Aku rasa aku kena banyak buat revision lah . Tak mau bukak internet dah lepas ni insyaallah . Doakan lah ye ! :)

Tapi aku tak tahu lah macam mana nak cakap . Nanti bulan 9 ada hari terbuka . Aku bukannya apa , aku risau dengan result pbs . Fuhhhhh naik pening aku dibuatnya . Hmmm redha je la dengan apa yang aku dapat nanti . Tapi aku kena berusaha dari sekarang sebab ada lagi satu bulan je nak 'meet' dengan exam tu . Sebelum ni , mid-year takde pun buat periksa . TAPI , aku takut kalau nanti ada rombakan kelas . Itu sangat menggerunkannnnn !!!

Actl , aku nak story dekat korang pasal "CRUSH" . Kupasan demi kupasan akan diterangkan sebentar lagi .

3
2
1
Action !

Haha sorry lah kalau korang tunggu lama sangat nak scroll down kan -_- Hahaha xD Saya ni suka bergurau orangnya .Tak mau la serious sangat macam kucing garang kat iklan Twisties tuh . Hehehehe xP Ok , now aku ceritakan apa itu crush . CRUSH ini jangan kamu translate kat google sebab nanti meaning die akan jadi MENGHANCURKAN . Ok , NGERI sangat kan ?! -_- Sebenarnya istilah ini saya pun tak tahu siape yang create . Tapi , istilah ini sangat famous-amous di abad ini . Ok big clap xP

Dan sebenarnyaa CRUSH ini bermaksud anda suka seseorang dalam diam tanpa orang yang anda suka mengetahuinya . Kiranya macam suka senyap senyap gitulah tetapi dalam part menaruh harapan tu bergantung kepada anda . Haha tapi buat masa ni aku takda CRUSH . Yang banyak ada CRUSH ni cuma friends aku jer . Tetapi perlu diingatkan bahawa jangan terlalu obses menyukai seseorang dalam diam kerana ini akan menyebabkan anda akan dibuai fantasi yang sangat kritikal dan anda sangat-sangat menaruh harapan kepadanya . Cuba anda bayangkan , macam mana kalau CRUSH anda yang dulu awak damba-dambakan telah mempunyai teman istimewa . Tak ke hancur berderai hati awak tu ? Saya cuma memberi nasihat . Mana yang baik datangnya daripada ALLAH .

Tapi ada suku daripada orang yang mempunyai CRUSH akan berjaya mendapatkan CRUSHNYA itu . Itupun kalau depa semua berusaha nak dapatkan dia dan dia pun menerima anda seadanya . Eeee naik geli aku nak tulis , uwekk :p Tapi saya syorkan kepada anda dan diri saya sendiri yang kita tak payah lah mencari kerana JODOH akan datang dengan sendirinya . Percayalah haha . Sekarang yang bergelar pelajar sekolah cuma dapat menemui orang yang sama setiap tahun *agaknya lah* . Tapi yakinlah bahawa nanti bila anda beralih ke alam universiti , lagi ramai orang yang ada disana . Mungkin anda pun akan berubah CRUSH . Hahahaaha dan mungkin anda akan mendapat jodoh disana *imagine*

Sometimes , saya terfikir buat apa saya sia-siakan masa remaja saya dengan aktiviti yang sangat tidak sihat ? Jangan sampai impian dan apa yang kamu cita-citakan tidak tercapai kerana itu akan merugikan anda sendiri sebab anda tidak berusaha dari sekarang untuk mengejar cita-cita anda . Tiada faedah kalau anda berkata yang anda hendak belajar di overseas universiti ,menjadi usahawan yang berjaya ataupun engineer yang sangat disanjung jika anda hanya bercakap tanpa melakukan apa-apa usaha untuk anda perolehinya . Saya harap kata-kata itu akan anda sematkan di dalam jiwa supaya apa yang anda inginkan akan tercapai . Saya doakan supaya kita semua berjaya didunia dan diakhirat & dapat membanggakan ibu bapa kita . Sekian wassalam .

Pesan-Pesan: Yang buruk datangnya daripada saya , yang baik itu datangnya daripada Allah . Fikir-fikirkan lah apa yang sudah saya ceritakan yer . Ini adalah untuk kebaikan kita semua juga .




•‿•Terima kasih daun keladi.Lain hari datang lagi•‿•